Sunday 12 August 2012

ada ke lelaki boleh ganti abah :D

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
Asslamualaikum :)

ada ke lelaki merangkap bakal suami saya yang boleh buat aku bangga macam mana aku bangga dekat abah aku ni! my superduper heroman~

'' siapala yang boleh ganti abah kau tu..kesian ibu tengok.. dahlah dah tua, bukan ibu tak kesian. haa.. nanti ajar suami tu jadi rajin, boleh tolong ayah kau nanti, bukannya setakat gaji besar- besar tapi  apa pun tak boleh. bukan apa, ayah kau tu anak semua perempuan seorang je lelaki, siapa dia nak suruh~ '' 
macam tulah kata-kata ibu aku.. dari aku kecil lagi aku rasa abah aku seorang yang sangat hebat! sebab apa? ni aku listkan :

  • aku rasa abah aku tahu semua benda
  • abah aku sangat rajin
  • aku rasa dia penyabar hehe..aku tahulah  ;)
  • reti masak
  • tak mengharap bini buat semua maksudnya bab urus rumah~
  • reti bertukang
  • sayang dekat parent dia sebab tu nenek aku selalu panggil abah aku..
  • tegas aku jarang dengar dia marah tapi nada tegas tu ada
  • pandai urus budak 
  • tak merungut 
hum.. kiranya abah aku ni gentleman larh..hehe.. kalau boleh dia nak isteri dia bergantung dekat dia jer sampai dulu tak bagi ibu aku belajar naik kereta tapi ibu aku pula jenis independent.. haha!
tapi setiap lelaki tetap ada ego diakan? macam abah aku juga. atau lelaki ni memang kurang reti mengekspresikan perasaan dia.. tapi aku tahu dia sayang anak-anak dia :) kalau tak macam mana dia boleh jadi orang pertama wish birthday aku time tu.. sweetkan?

so kalau boleh aku nak ada seorang suami yang ada karakter macam abah aku tu.. bukannya asyik menghadap kerja dia jer dan berfikiran sempit!
'' orang lelaki buat kerja lelaki, perempuan buat kerja perempuan ''
zaman sekarang tak macam dulu lagi, perempuan pun boleh buat dan berjaya macam lelaki dan kenapa lelaki mesti ego? sepatutnya korang kena tunjuk yang korang pun boleh buat macam tu.. dengan bantu isteri korang. barulah tak dengar bebelan yang korang memang tak suka tu kan~ yang penting isteri rasa bangga dan hormat.

ni kisah paling aku tak lupalah.. hehe~

abah aku pernah ambil aku dari hostel sebab aku dah habis camping and esoknya aku bercadang nak balik naik bus, so dalam perjalanan tu aku tertidur lagipun dah malam plus penat gila and bila sedar je aku dah sampai dekat rumah aku kat johor! olls bayangkan aku dari shah alam tu sampai johor dalam beberapa jam dan hari tu juga abah aku balik sebab esokkan kerja.. just take a break sekejap je kat rumah. cuba korang bayangkan? aku tidur mati time tu .. mesti penatkan?

aku tak suka suami yang tak reti buat hubungan baik dengan anak-anak.. sebab suamilah imam kelurga yang perlu didik anak-anak, bukan harap isteri jer.. itu bukan suami gentleman bagi aku.. habis kerja suami ni apa jer ek? pergi kerja cari nafkah, balik makan, bagi nafkah  untuk keperluan rumah dan isinya.. kerja lagi dan lagi.. tidur.. urus hal penting.. penat..tidur.. is it? hum.. no komen..

----> buat my future husband :) deary, kalau boleh jadilah lagi hebat dari abah saya tau! itu pun kalau awak nak saya jadi hebat yang macam awak nak.. hehehe~ inshaAllah kita sama berusaha jadi super power parent. hahaha!
P/S : hidup kita ni bukanlah macam cerita dongeng yang mesti ada happy ending atu hero dengan heroin mesti menang tapi.. kita kena ingat dalam nak mencapai kebahagian kena banyak buat pengorbanan :) dan berbahagialah sebab Allah bersama dengan orang- orang yang sabar~





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.