Saturday 11 August 2012

lelaki pun kena sedar diri juga ! (baitul muslim)

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang~
Assalamualaikum :)

kali ni aku terasa nak cakap pasal hal-hal futuristik ni..hehehe.. alam perkahwinan! berkahwin ni memang bahagia bila masing-masing boleh bertolak - ansur dan paham tanggungjawab masing-masing. suami cari nafkah, isteri urus rumah.. ni basic tugas la tapi tengok pada keadaan sekarang ni, isteri pun cari duit so, suami pun kena pandai urus rumah.. barulah fair and lovely gitu :) saling memahami dan bantu membantu. inshaAllah~ baitul muslim yang dibina kekal bahagia hingga ke jannah! abadan abada~

selalu wanita ni akan diselidik secara terperinci bila nak buat jadi bini. semua nak kena pandai! ciri wanita bakal isteri terpilih :

  • pandai masak! penting ni~
  • sahsiah terpuji ala - ala perempuan melayu terakhir..
  • ada kelulusan 
  • cantik
  • terurus lebih pada pandai bergaya!
  • salasilah keluarga yang baik
  • didikan agama solat pun tak cukup? hehe..
  • boleh menjahit


boleh nak dikatakan kena serba boleh la! kalau tak, kaum hawa lah yang akan dipersalahkan sebab tak reti urus keluarga?! what the fuuhh~ hmm.. sepatutnya wanita itu dibimbing, disayangi.. memang fitrah wanita itu lemah dari segi kudrat , emosi , fikiran serta pengetahuan agamanya.


Rasulullah s.a.w bersabda :
'' Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan). '' (hadis riwayat Bukhari dan Muslim )
duhai lelaki yang akan bergelar suami, kalau korang dikurniakan isteri yang serba kurang maka terimalah seadanya sebab memang wanita itu dicipta terbatas dan serba kurang tapi merekalah yang sangat besar pengaruhnya :)

  • menjaga maruah
  • memelihara harta
  • mendidk anak
  • melahirkan zuriat
  • penawar hati nafsu lelaki kan~ 
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: 
'' Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus.'' (Hadis riwayat Ibnu Hibban).
ok! olls~ sekarang kita selidik point lelaki bila nak kena jadi suami terpilih :

  •  berduit
  • kerja bagus
  • kelulusan tinggi
  • celik ilmu agama
  • sihat tubuh badan
  • sahsiah terpuji
  • keturunan baik
  • rupawan
aku nak highligt secara terperincinya lelaki mesti kerja bagus, berkemampuan sebab itu tanggungjawab mereka. so, kalau depa tak berduit? terlaksana ke tugas sebagai suami selain mendidik isteri dan anak-anak ? no money, no talk and talk to my hand! hahaha..

aku nak cakap, lelaki bukan setakat kena tahu cari duit jer~ lepastu bagi alasan tak munasabah, etc : penat aku kerja cari duit! bagi makan bla bla bla.. alasan ni tak sepatutnya terucap. anda dah berikrar time akad  nikah dulu..haa~ lelaki pun kenalah tahu some speciality dalam buat kerja kan? kata sayang bini, so kenalah tolong isteri. susah senang sentiasa bersama :D

list of specialities :

  • pandai bertukang
  • pandai mengemas
  • pandai urus anak
  • pandai masak
  • pandai repair anything
  • protective tegas sebagai ketua keluarga !
haa.. semua ada word 'pandai', huhuhu.. lelaki kan memang kurang pandai sikit bab-bab gini. especially yang dapat istilah BUDAK BANDAR. sekurangnya kalau korang pandai buat semua ni, bolehlah tolong isteri sambil-sambil tunjuk sweet depan bini, buat-buat tuff depan anak.. kan? baru jadi suami hot mithali.. hehe.. paling penting korang tak mati kutu bila dalam emergency etc : isteri sakit, berpantang and so on.


agak-agak peratus lelaki tak berkemahiran dengan perempuan tak reti masak, boleh dikatakan 2 x 5 la yer~ tapi semua benda ni boleh belajar.. manusiakan dikurniakan akal fikiran.. inshaAllah semuanya pandai belaka! yang penting try and error and try agiain. practice make perfect!

my deary gentleman remember that wanita adalah hiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita solehah :) please~ jangan rosakkan hiasan dunia paling membahagiakan yang Allah kurniakan dekat korang ni. ok? promise.



P/S : Allah berfirman yang bermaksud :

 " Wahai manusia! Kami telah ciptakan kamu lelaki dan wanita, dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu kenal-mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia daripada kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengenal ". (Al-Hujurat, ayat 13)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.