Sunday 12 August 2012

ada ke lelaki boleh ganti abah :D

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
Asslamualaikum :)

ada ke lelaki merangkap bakal suami saya yang boleh buat aku bangga macam mana aku bangga dekat abah aku ni! my superduper heroman~

'' siapala yang boleh ganti abah kau tu..kesian ibu tengok.. dahlah dah tua, bukan ibu tak kesian. haa.. nanti ajar suami tu jadi rajin, boleh tolong ayah kau nanti, bukannya setakat gaji besar- besar tapi  apa pun tak boleh. bukan apa, ayah kau tu anak semua perempuan seorang je lelaki, siapa dia nak suruh~ '' 
macam tulah kata-kata ibu aku.. dari aku kecil lagi aku rasa abah aku seorang yang sangat hebat! sebab apa? ni aku listkan :

  • aku rasa abah aku tahu semua benda
  • abah aku sangat rajin
  • aku rasa dia penyabar hehe..aku tahulah  ;)
  • reti masak
  • tak mengharap bini buat semua maksudnya bab urus rumah~
  • reti bertukang
  • sayang dekat parent dia sebab tu nenek aku selalu panggil abah aku..
  • tegas aku jarang dengar dia marah tapi nada tegas tu ada
  • pandai urus budak 
  • tak merungut 
hum.. kiranya abah aku ni gentleman larh..hehe.. kalau boleh dia nak isteri dia bergantung dekat dia jer sampai dulu tak bagi ibu aku belajar naik kereta tapi ibu aku pula jenis independent.. haha!
tapi setiap lelaki tetap ada ego diakan? macam abah aku juga. atau lelaki ni memang kurang reti mengekspresikan perasaan dia.. tapi aku tahu dia sayang anak-anak dia :) kalau tak macam mana dia boleh jadi orang pertama wish birthday aku time tu.. sweetkan?

so kalau boleh aku nak ada seorang suami yang ada karakter macam abah aku tu.. bukannya asyik menghadap kerja dia jer dan berfikiran sempit!
'' orang lelaki buat kerja lelaki, perempuan buat kerja perempuan ''
zaman sekarang tak macam dulu lagi, perempuan pun boleh buat dan berjaya macam lelaki dan kenapa lelaki mesti ego? sepatutnya korang kena tunjuk yang korang pun boleh buat macam tu.. dengan bantu isteri korang. barulah tak dengar bebelan yang korang memang tak suka tu kan~ yang penting isteri rasa bangga dan hormat.

ni kisah paling aku tak lupalah.. hehe~

abah aku pernah ambil aku dari hostel sebab aku dah habis camping and esoknya aku bercadang nak balik naik bus, so dalam perjalanan tu aku tertidur lagipun dah malam plus penat gila and bila sedar je aku dah sampai dekat rumah aku kat johor! olls bayangkan aku dari shah alam tu sampai johor dalam beberapa jam dan hari tu juga abah aku balik sebab esokkan kerja.. just take a break sekejap je kat rumah. cuba korang bayangkan? aku tidur mati time tu .. mesti penatkan?

aku tak suka suami yang tak reti buat hubungan baik dengan anak-anak.. sebab suamilah imam kelurga yang perlu didik anak-anak, bukan harap isteri jer.. itu bukan suami gentleman bagi aku.. habis kerja suami ni apa jer ek? pergi kerja cari nafkah, balik makan, bagi nafkah  untuk keperluan rumah dan isinya.. kerja lagi dan lagi.. tidur.. urus hal penting.. penat..tidur.. is it? hum.. no komen..

----> buat my future husband :) deary, kalau boleh jadilah lagi hebat dari abah saya tau! itu pun kalau awak nak saya jadi hebat yang macam awak nak.. hehehe~ inshaAllah kita sama berusaha jadi super power parent. hahaha!
P/S : hidup kita ni bukanlah macam cerita dongeng yang mesti ada happy ending atu hero dengan heroin mesti menang tapi.. kita kena ingat dalam nak mencapai kebahagian kena banyak buat pengorbanan :) dan berbahagialah sebab Allah bersama dengan orang- orang yang sabar~





Saturday 11 August 2012

lelaki pun kena sedar diri juga ! (baitul muslim)

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang~
Assalamualaikum :)

kali ni aku terasa nak cakap pasal hal-hal futuristik ni..hehehe.. alam perkahwinan! berkahwin ni memang bahagia bila masing-masing boleh bertolak - ansur dan paham tanggungjawab masing-masing. suami cari nafkah, isteri urus rumah.. ni basic tugas la tapi tengok pada keadaan sekarang ni, isteri pun cari duit so, suami pun kena pandai urus rumah.. barulah fair and lovely gitu :) saling memahami dan bantu membantu. inshaAllah~ baitul muslim yang dibina kekal bahagia hingga ke jannah! abadan abada~

selalu wanita ni akan diselidik secara terperinci bila nak buat jadi bini. semua nak kena pandai! ciri wanita bakal isteri terpilih :

  • pandai masak! penting ni~
  • sahsiah terpuji ala - ala perempuan melayu terakhir..
  • ada kelulusan 
  • cantik
  • terurus lebih pada pandai bergaya!
  • salasilah keluarga yang baik
  • didikan agama solat pun tak cukup? hehe..
  • boleh menjahit


boleh nak dikatakan kena serba boleh la! kalau tak, kaum hawa lah yang akan dipersalahkan sebab tak reti urus keluarga?! what the fuuhh~ hmm.. sepatutnya wanita itu dibimbing, disayangi.. memang fitrah wanita itu lemah dari segi kudrat , emosi , fikiran serta pengetahuan agamanya.


Rasulullah s.a.w bersabda :
'' Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan). '' (hadis riwayat Bukhari dan Muslim )
duhai lelaki yang akan bergelar suami, kalau korang dikurniakan isteri yang serba kurang maka terimalah seadanya sebab memang wanita itu dicipta terbatas dan serba kurang tapi merekalah yang sangat besar pengaruhnya :)

  • menjaga maruah
  • memelihara harta
  • mendidk anak
  • melahirkan zuriat
  • penawar hati nafsu lelaki kan~ 
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: 
'' Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus.'' (Hadis riwayat Ibnu Hibban).
ok! olls~ sekarang kita selidik point lelaki bila nak kena jadi suami terpilih :

  •  berduit
  • kerja bagus
  • kelulusan tinggi
  • celik ilmu agama
  • sihat tubuh badan
  • sahsiah terpuji
  • keturunan baik
  • rupawan
aku nak highligt secara terperincinya lelaki mesti kerja bagus, berkemampuan sebab itu tanggungjawab mereka. so, kalau depa tak berduit? terlaksana ke tugas sebagai suami selain mendidik isteri dan anak-anak ? no money, no talk and talk to my hand! hahaha..

aku nak cakap, lelaki bukan setakat kena tahu cari duit jer~ lepastu bagi alasan tak munasabah, etc : penat aku kerja cari duit! bagi makan bla bla bla.. alasan ni tak sepatutnya terucap. anda dah berikrar time akad  nikah dulu..haa~ lelaki pun kenalah tahu some speciality dalam buat kerja kan? kata sayang bini, so kenalah tolong isteri. susah senang sentiasa bersama :D

list of specialities :

  • pandai bertukang
  • pandai mengemas
  • pandai urus anak
  • pandai masak
  • pandai repair anything
  • protective tegas sebagai ketua keluarga !
haa.. semua ada word 'pandai', huhuhu.. lelaki kan memang kurang pandai sikit bab-bab gini. especially yang dapat istilah BUDAK BANDAR. sekurangnya kalau korang pandai buat semua ni, bolehlah tolong isteri sambil-sambil tunjuk sweet depan bini, buat-buat tuff depan anak.. kan? baru jadi suami hot mithali.. hehe.. paling penting korang tak mati kutu bila dalam emergency etc : isteri sakit, berpantang and so on.


agak-agak peratus lelaki tak berkemahiran dengan perempuan tak reti masak, boleh dikatakan 2 x 5 la yer~ tapi semua benda ni boleh belajar.. manusiakan dikurniakan akal fikiran.. inshaAllah semuanya pandai belaka! yang penting try and error and try agiain. practice make perfect!

my deary gentleman remember that wanita adalah hiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita solehah :) please~ jangan rosakkan hiasan dunia paling membahagiakan yang Allah kurniakan dekat korang ni. ok? promise.



P/S : Allah berfirman yang bermaksud :

 " Wahai manusia! Kami telah ciptakan kamu lelaki dan wanita, dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu kenal-mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia daripada kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengenal ". (Al-Hujurat, ayat 13)

Friday 10 August 2012

pembelajaran bagi seorang remaja perempuan! (istihdad)

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
Assalamualaikum :)

# peringatan : post kali ini adalah untuk perempuan sahaja~ anda sudah diberi peringatan!

Tuesday 7 August 2012

pain is beautiful :B

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang :)
Assalamualaikum~

# no pain no gain
'' Allah berikan mu guruh, petir dan kilat pada mulanya agar kau dapat merasai sinar mentari dan pelangi yang indah kemudiannya ''
Nabi SAW bersabda: " Apabila Allah mencintai seorang hamba, Dia mengujinya. Jika ia sangat mencintai-Nya, maka Allah mencubanya."




Firman Allah :

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.
[Al-Ankabut: 2-3]

Friday 3 August 2012

life like a boat- rie fu :)

meaningful song~

bleach anime!


 # Lyrics with English Translation

Nobody knows who I really am
I never felt this empty before
And if I ever need someone to come along
Who's gonna comfort me, and keep me strong

We are all rowing a boat of fate
The waves keep on comin' and we can't escape
But if we ever get lost on our way
The waves would guide you through another day

Tooku de iki o shiteru
Toumei ni natta mitai
Kurayami ni omoeta kedo
Mekakushi sareteta dake

*Far away, I'm breathing
As if I were transparent
It would seem I was in the dark
But I was only blindfolded

Inori o sasagete
Atarashii hi o matsu
Azayaka ni hikaru umi
Sono hate made

*I give a prayer
As I wait for the new day
Shining vividly
Up to the edge of that sea

Nobody knows who I really am
Maybe they just don't give a damn
But if I ever need someone to come along
I know you would follow me, and keep me strong

Hito no kokoro wa utsuriyuku
Mukedashitaku naru
Tsuki wa mata atarashii shuuki de
Fune o tsureteku

*People's hearts change
And sneak away from them
The moon in its new cycle
Leads the boats again

And every time I see your face, the oceans heave up to my heart
You make me wanna strain at the oars
and soon I can see the shore

Oh, I can see the shore
When will I see the shore?

I want you to know who I really am
I never thought I'd feel this way towards you
And if you ever need someone to come along,
I will follow you, and keep you strong

Tabi wa mada tsuzuiteku
Odayaka na hi mo
Tsuki wa mata atarashii shuuki de
Fune o terashi dasu

*And still the journey continues
On quiet days as well
The moon in its new cycle
Shines on the boats again

Inori o sasagete
Atarashii hi o matsu
Azayaka ni hikaru umi
Sono hate made

*I give a prayer
As I wait for the new day
Shining vividly
Up to the edge of that sea

And every time I see your face, the ocean heaves up to my heart
You make me wanna strain at the oars, and soon
I can see the shore

Unmei no fune o kogi
Nami wa tsugi kara tsugi e to watashitachi o osou kedo
Sore mo suteki na tabi ne
Dore mo suteki na tabi ne

*We are rowing the boat of fate,
But the waves keep attacking us
But isn't that still a wonderful journey?
Aren't any of them a wonderful journey?


Thursday 2 August 2012

dreamlands~

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...
Assalamulaikum :)

 it just a dream~

hari tu time ada gap exam aku pergi melawat I-CITY sebab dekat je dengan uni aku kan..huhuhu.. tapi yang sedihnya aku tak dapat nak masuk snow house tu :( money crisis~ tempat tu memang cantik tapi semua nampak kaku, hahaha! macam panas sikitla sebab haba mentol lampu tu kan.. aku nak complaint pasal dia simen jer ruang jalan tu, aku rasa lagi cool kalau tanam rumput. baru rasa betul-betul dekat taman. kalau korang nak main permainan dalam tu kena bayar RM5 each. haa~ kellas kau jah! yang best pun sebab main tangkap gambar, posing sana sini! ok, lepasni tak jakun dah..





lepastu aku teringin sangat nak KAYAK dekat tasik seksyen 2 uni aku tu. tak silap aku kena bayar RM5 -10 macam tulah.. best sangat kalau dapat cuba tapi takut nak try sendiri. aku ni bukan reti berenang pun~ so, aku harap nanti kalau kitaorang ada masa lapang yang memang lapang la kan, aku dapat la pergi main kayak tu. yippie!

aku teringin  juga nak pergi BUKIT BROGA. bukan apa, aku dengar tempat tu owsem~ entah ye ke tidak. tapi best kalau pergi in group, ramai-ramai..huu~ aku harap nanti skuad aku ada rancangla nak buat aktiviti yang macam ni :) tapi diaorang mesti nak pergi mandi dekat wet world tu, haha~haish..


tempat paling aku mengidam sangat nak pergi HUTAN EMPAT MUSIM! ok,olls aku  ingat nama hutan tu BUKIT CERAKAH..kikiki.. tapi aku rasa tempat tu mesti terbaik gila lah..huhu.. lagi-lagi kalau pergi time musim bunga. sweet~ :) harap satu hari nanti dapatla jejak kaki dekat situ.


secara jujurnya aku tak pernah pergi CAMERON HIGHLAND. so, aku teringin nak jejak kaki dekat situ. bila terbayang dapat makan strawberry dengan coklat. indahnya rasa~ lagi pun tempat tu mesti tenang sangat plus sejuk.. wow! macam dekat oversea gitu..


lastly aku nak pergi apa jenis PULAU pun tak pe yang penting dapat duduk tengok laut! memang mengasyikkan bila bayang.. tapi aku tak tahulah bila masanya aku dapat pergi pulau-pulau ni. humm~ yela duit dengan transport pun tak stabil lagi.huhu.. aku rasa time honeymoon nanti kot!hehe.. dapat berjimba dengan husband tersayang nanti :D


P/S : cuti-cuti Malaysia :)




wordless night~

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang :D
Assalamualaikum ~

friends that born for me..
'' bertemu kita kerana Allah, berpisah kita kerana Allah dan semoga kita berjumpa di syurga Allah kelak, inshaAllah :) ''
menjadi first batch students dengan budak-budak dorm :D

bersama selama setahun :) dan juga budak bilik yang cool~

akan bersama selama 3 tahun, inshaAllah dan skuad palapes airforce batch 9 semoga kita happy dalam mencipta kenangan :')

P/S : the best memoirs in my life~ pahit dan manis menjadi satu rencah yang sempurna..

Wednesday 1 August 2012

our little prince's'

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang :)
Assalamualaikum..

sibling aku semuanya perempuan except adik aku yang bongsu sekali, kira dia tu anak emas la. hehe.. aku nak habak pasal budak-budak lelaki yang ada dalam family aku. diaorang ni nakal gila tapi still menghiburkan hati :) aku harap bila diaorang dah besar, jadi pemuda yang soleh. amiin~

'' lelaki yang hebat mengalirkan air matanya apabila menghadap Allah ''
adik aku yang besar sekali nama dia MUHAMMAD ANS FAIDHIE B. MOHD IDRIS, sekarang ni umur dia 12 tahun. hmmm.. nak upsr dah tahun ni..kikiki. dia ni paling aku tak suka sebab pemalas, degil dan kuat tipu! dahla penakut~ haha.. tidur dengan ibu aku lagi sampai la ni katanya nak jaga ibu . dia ni pandai tapi malas nak baca buku, tapi biasala budak kan semua macam tu especially lelaki.huhuhu~ harap upsr dia boleh kalah kan kakak dia ni. huuu~ :(  fighting! adik aku ni mulut manis tau! watchout girls.


adik aku yang sederhana pula nama dia MUHAMMAD IQBAL B. MOHD IDRIS, dia ni umur 5 tahun sekarang. hehe.. debab sangat! dia masuk tadika yang unsur islamik ni, so selalu lah dengar dia azan tiba-tiba tu. dia ni pun pandai cakap plus pandai merajuk.haha...  dia ni gila lori! aku pun tak tahula kenapa. tapi dia ni still hisap shutter sampai sekarang bertemankan bantal busuk dia yang aku tengok memang nazak wei~ tunggu buang dalam tong sampah jer. haish.. pa nak jadilah, tapi tahu pula malu nak bawa and guna bila depan orang or time pergi tadika. huhu..


last sekali, anak buah aku yang first! nama dia HAFEEY B. HILMI and sekarang nak masuk 6 bulan. dia ni comel sangat tapi kuat merajuk. manja dengan mama dia~ dia ni tak takut stranger :) tak banyak ragam sangat maybe sebab dia still in process to be kot. yela merangkak pun belum pandai lagi kan, hehe.. harap nanti jadi budak pandai and hot guy la yer. haha~ gatal mak cik dia ni


'' lelaki yang hebat boleh dilihat melalui siapa isterinya dan siapa ibunya ''
P/S : kurnian paling berharga Allah kepada pasangan adalah anak dan ianya amanah Allah~ setiap anak itu ada rezekinya tersendiri :D kan?  bilalah nak kahwin ni~ 



lovely bakery time :D

Dengan nama Allah yang maha pemurah kagi maha penyayang..
Assalamualaikum~

tengah dalam bulan raamadhan ni, macam-macam kita nak masak sebaab selera bertambah..haha! dalam masa cuti sem ni aku berazam nak mengekek dekat rumah sebab teringin~ manis tu kan bahagia :)
so aku survey la resepi dekat internet, youtube siap google lagi function bahan yang ada untuk buat kek tu sebab ada certain resepi tak list kan. banyaknya resepi tengok~


''jangan hamgat-hangat tahi ayam''
akhirnya aku pun beli bahan-bahan untuk buat kek dan alhamdulillah~ aku berjaya buat resepi yang aku nak. mostly semua yang aku buat tu just guna steam method atau sejukkan. huhuhu.. sebab senang, mudah lagi simple.kikiki.. padahal tak reti guna oven dekat rumah~ 


mengekek ni memang best! sebaab bau dia, aduh, leleh.hehe.. tapi aku buat tak lah sesempurna dari segala segi lagi-lagi bahagian decorating tu. susah juga kalau tak pro lagi.huhu~ tapi yang sedih tu, ada resepi yang aku tak buat lagi sebab dia guna oven dan semestinya resepi biskut dan roti. :(

orang perempuan ni mesti kena belajar masak kan? sebab itu memang kerja kita urus rumahtangga nanti. so, belajar lah sikit-sikit even tak pro macam ibu kita. sebab setiap perempuan dikurniakan kemahiran tu. yekew?
kalau lelaki reti masak tu kira bonus la ek, tapi sekurangnya diaorang kena juga belajar yang simple tu sebab nanti kalau isteri dalam pantang, siapa nak masak ek??huhu.. boleh tolong bini juga nanti~

'' alah bisa tegal biasa ''- air tangan ibu juga yang sedap :9

antara bake- list yang aku dah try test :

  • kek coklat kukus
  • tuffle cream-o
  • pudding caramel

list yang tak buat lagi dan inshaAllah akan buat juga :)

  • biskut coklat cip nestum
  • kek batik newly
  • larva kek coklat
  • ais krim goreng
  • pancake

list decoration cream :
  • aising
  • whiping cream

kalau korang nak resepi, korang just google jer ok! tapi kalau nak sedap kek tu kenalah guna bahan yang berkualiti~ ok olls ? nak kongsi sikit adab nak bertukang dekat dapur ni :

  • Apabila memasak, seelok-eloknya kita berada dalam keadaan wudhu’.
  • *Sekiranya ibu-ibu terpaksa memasak sebelum sempat mandi hadas besar, maka sangat-sangat ditekankan untuk mengambil wudhu terlebih dahulu sebelum memasak. 
  • Sentiasa menutup aurat sewaktu memasak.(Berpakaian sopan) 
  • Berzikirlah sewaktu sedang memotong, mencedok, mengacau dsb. 
  • Elakkan daripada mengumpat atau melihat perkara maksiat sewaktu sedang memasak.
  • yang ni pulak basic knowledge kalau nak buat kek, so nati kita boleh fikir logik bila nak guna kuantiti bahan tu~

aku nak kongsi basic knowledge time nak bake ni. nanti bolehla assume kuantiti bahan untuk dapat hasil macam mana yang kita nak.hehe..

  • Struktur (tougheners). i.e tepung(low protein), telur, serbuk koko 
  • Pelembut (tenderizers). i.e gula, minyak, mentega tulen is better, yis 
  • Pelembab (moisteners). i.e susu, krim, air gula (sirap), telur 
  • Pengering (driers). i.e tepung, serbuk koko, tepung jagung 
  • Terlebih tepung menyebabkan kek menjadi keras. 
  • Terlebih mentega menyebabkan kek terlampau lembut. 
  • Terlebih gula menyebabkan kek terlampau lembut dan lembab and longlasting.


P/S: enjoy your baking time :) even tak berapa nak jadi pun tetap happy dan habiskan juga!
''membazir itu amalan syaitan''

gambar tiga dari atas jer gambar sebenar yang dah aku buat :) yang lain tu belum buat lagi tapi lebih kurang gitulah kalau nak di imaging kan..hehe

eat happily :9

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang~
Assalamualaikum :)

semua orang mesti suka makan kan?tak kisah la dari apa macam jenis makanan pun, dia tu herbivore ku, omnivore ke. pun karnivor ke..mesti ada benda dia suka.hehehe..aku suka makan tapi payah nak decide nak makan apa..hahaha. cerewet ke ek?


aku ni bukan jenis vegeterian punya orang..haa~ teruk!kikiki.. tapi kira tahap 1 lagi la, ada juga sayur aku boleh hadap lagi i.e: bayam, kangkung, semua jenis sawi yang dipotong kecil, coleslaw yang banyak mayonis dll sayur hijau except yang keras dan pahit! tapi tak elok tak makan sayur ni, nanti tak dapat vitamin dan zat besi yang sepatutnya.humm~tapi still tak suka :( tapi kalau lauk tu sedap kompom bedal jer.hahaha..

''baik itu perit''
 haaa!benda yang wajib ada dalam masakan, bahan tumis ni..BAWANG! aku tak suka bawang tapi nasib aku suka cerita klasik dongeng baeang putih bawang merah tu.hehe.. time tu kitaorang ada buat explorace dan setiap check point ada task, ada satu point ni kitaorang kena makan seketul bawang!nasib kongsi~huuh. aku gigit sekali jer pastu tak sentuh lagi dah sebab belum habis telan. punya lama aku kunyah sampai lumat sangat la!hilang dah rasa bawang tu. aku tak boleh nak telan~ aku ok lagi time makan peria..huu~ tapi bawang ni pun ada bagusnya, penaik aroma makanan.kikiki..so, bawang tetap wajib~ tapi elok kurangkan benda yang mengundang bau kurang senang ni i.e: jering, petai, bawang dll seangakatan dengan mereka.

''kunyah makanan sebanyak 40 kali untuk penghadaman yang berkesan dan makan dengan tiga jari lebih mudah kenyang, makan pun sikit jer nanti plus sopan sebab tak gelojoh!huhu''-sunnah Rasulullah

aku kurang makan pedas ni, tak tahan sangat kadang tu~huhu tapi kalau sedap bedal gak! jenis sambal aku suka pedas-pedas manis macam my ibu buat, the best sambal ever! makan nasi lemak tak cukup sepinggan. tapi makan pedas, cili ni boleh tingkatkan metabolisme badan. tapi makan sambal jangan pilih yang ada biji-biji leper cili tu, nanti appendix pula bahaya.




semua orang suka kemanisan right?hehe..aku pun suka gila! tapi tak sukalah yang manis teramat sampai lekat  rasa tu dekat tekak. suka manis natural jer macam dalam buah tu..sweet~hehe.. so, kurangkan manis elak kencing manis. bahaya tau..nati tak dapat rasa kenikmatan manis kehidupan :D prevent is better than cure.


panjangnya intro aku ni, hahaha~ aku nak cakap yang aku nak makan, aku makan!unstopable me except money crisis. hehe.. semenjak duduk uni ni, semua aku ngidam aku try, best gila!haha.. check list :

  • burger yazid 250g
  • steamboat ISLAND BBQ with RM20 only
  • tutti frutti
  • baskin robbins
  • lobster
  • subway
# ni semua makanan mahal tak berbaloi tapi sedap jugalah~ tak berbaloi bukan apa, sebab kuantiti sikit tapi time pergi beli ada offer heaven larh!huhu..

'' life without regret ''

ada satu lagi aku nak try,BURGER BAKAR ABANG BURN , memang terbaik burger ni.. leleh seyh. hahaha! aku suka try cuba ni, hehe.. nanti tak lah kempunan sangat, asal teringat je sampai mimpi! bila dah cuba, kenal dah tahu camne, baru boleh decide terbaik kan? so, bila dah rasa sekali, lepasni nampak boleh cakap, ada aku kesah?puu~ bukan mavelous fabelous sangat pun, warung pun ada lagi sedap! sambil tangan di bahu mata ke atas~ dont judge a book by its cover olls!ok?


'' jangan mudah terpedaya kepada iklan, ia mengaburi mata anda yang semakin rabun tu.. ''
P/S: eat will make you happy and give you energy but over eating will make you exhaust and harm.