Wednesday 1 August 2012

lovely bakery time :D

Dengan nama Allah yang maha pemurah kagi maha penyayang..
Assalamualaikum~

tengah dalam bulan raamadhan ni, macam-macam kita nak masak sebaab selera bertambah..haha! dalam masa cuti sem ni aku berazam nak mengekek dekat rumah sebab teringin~ manis tu kan bahagia :)
so aku survey la resepi dekat internet, youtube siap google lagi function bahan yang ada untuk buat kek tu sebab ada certain resepi tak list kan. banyaknya resepi tengok~


''jangan hamgat-hangat tahi ayam''
akhirnya aku pun beli bahan-bahan untuk buat kek dan alhamdulillah~ aku berjaya buat resepi yang aku nak. mostly semua yang aku buat tu just guna steam method atau sejukkan. huhuhu.. sebab senang, mudah lagi simple.kikiki.. padahal tak reti guna oven dekat rumah~ 


mengekek ni memang best! sebaab bau dia, aduh, leleh.hehe.. tapi aku buat tak lah sesempurna dari segala segi lagi-lagi bahagian decorating tu. susah juga kalau tak pro lagi.huhu~ tapi yang sedih tu, ada resepi yang aku tak buat lagi sebab dia guna oven dan semestinya resepi biskut dan roti. :(

orang perempuan ni mesti kena belajar masak kan? sebab itu memang kerja kita urus rumahtangga nanti. so, belajar lah sikit-sikit even tak pro macam ibu kita. sebab setiap perempuan dikurniakan kemahiran tu. yekew?
kalau lelaki reti masak tu kira bonus la ek, tapi sekurangnya diaorang kena juga belajar yang simple tu sebab nanti kalau isteri dalam pantang, siapa nak masak ek??huhu.. boleh tolong bini juga nanti~

'' alah bisa tegal biasa ''- air tangan ibu juga yang sedap :9

antara bake- list yang aku dah try test :

  • kek coklat kukus
  • tuffle cream-o
  • pudding caramel

list yang tak buat lagi dan inshaAllah akan buat juga :)

  • biskut coklat cip nestum
  • kek batik newly
  • larva kek coklat
  • ais krim goreng
  • pancake

list decoration cream :
  • aising
  • whiping cream

kalau korang nak resepi, korang just google jer ok! tapi kalau nak sedap kek tu kenalah guna bahan yang berkualiti~ ok olls ? nak kongsi sikit adab nak bertukang dekat dapur ni :

  • Apabila memasak, seelok-eloknya kita berada dalam keadaan wudhu’.
  • *Sekiranya ibu-ibu terpaksa memasak sebelum sempat mandi hadas besar, maka sangat-sangat ditekankan untuk mengambil wudhu terlebih dahulu sebelum memasak. 
  • Sentiasa menutup aurat sewaktu memasak.(Berpakaian sopan) 
  • Berzikirlah sewaktu sedang memotong, mencedok, mengacau dsb. 
  • Elakkan daripada mengumpat atau melihat perkara maksiat sewaktu sedang memasak.
  • yang ni pulak basic knowledge kalau nak buat kek, so nati kita boleh fikir logik bila nak guna kuantiti bahan tu~

aku nak kongsi basic knowledge time nak bake ni. nanti bolehla assume kuantiti bahan untuk dapat hasil macam mana yang kita nak.hehe..

  • Struktur (tougheners). i.e tepung(low protein), telur, serbuk koko 
  • Pelembut (tenderizers). i.e gula, minyak, mentega tulen is better, yis 
  • Pelembab (moisteners). i.e susu, krim, air gula (sirap), telur 
  • Pengering (driers). i.e tepung, serbuk koko, tepung jagung 
  • Terlebih tepung menyebabkan kek menjadi keras. 
  • Terlebih mentega menyebabkan kek terlampau lembut. 
  • Terlebih gula menyebabkan kek terlampau lembut dan lembab and longlasting.


P/S: enjoy your baking time :) even tak berapa nak jadi pun tetap happy dan habiskan juga!
''membazir itu amalan syaitan''

gambar tiga dari atas jer gambar sebenar yang dah aku buat :) yang lain tu belum buat lagi tapi lebih kurang gitulah kalau nak di imaging kan..hehe

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.